Tuesday, November 2, 2010

Semakin Ceria

Agak lama juga blog ni tak ada entri posting baru. Kalau ikutkan entri terakhir ialah pada minggu Aidil Fitri lalu. Tapi tak apa, pada kesempatan ini dimaklumkan bahawa bapak dah semakin ceria tambahan pula dah balik semula ke Sungai Balik dan menjalani rawatan dialisis di Teluk Intan sejak dua minggu lalu. Alhamdulillah.

Khabarnya lagi bapak dah boleh memandu untuk ke surau dan masjid. Beerti rutin bapak dah kembali seperti sediakala. Cuma kena patuhi appointnment untuk dialisis.

Monday, September 13, 2010

Eidul Fitri Yang Dinanti






















Alhamdulillah, Eidul Fitri disambut untuk kesekian kalinya. Gitu gini hari ni dah masuk hari keempat kita beraya. Abah dan emak masih di Melaka. Jika hari raya pertama abang Kamal sekeluarga datang berkunjung pada Ahad pula abang Zam, Bad, Naim dan Acu menyerikan lagi lebaran. Pagi tadi(isnin) pula, abang Mi dan famili datang. Meriah sungguh sehari dua ni. Satu peristiwa yang sukar berulang. Apapun semoga ia menjadi kenangan paling manis untuk kami sekeluarga. Yang penting emak dan bapak ceria dan terhibur pada hari yang mulia ini. Dilampirkan foto yang dirakam pada kesempatan hari raya kali ini. Jadi momento yang cukup berharga.






















Thursday, September 9, 2010

Hamper


Semalam bapak ke pusat dialisis-dua hari berturut-turut(Selasa & Rabu) kerana cuti hari raya. Jadi selepas ini dialisis bapak ialah pada pagi Sabtu.


Semalam juga bapak menerima hamper sumbangan pusat dialisis berkenaan. Apa lagi, kebanyakkan isi hamper merupakan jajan belaka. Pasti yang kenyang adalah putu-putunya yang sememangnya laparkan jajan sebegitu.

Corat-Coret Ramadan (ii)




Tahun ini adalah kali pertama emak dan bapak tidak menyambut hari raya di kampung sebaliknya beraya di Taman Bukit Katil Damai, Melaka. Terkesan kesayuan di wajah mereka namun keadaan tidak mengizinkan. InsyaAllah, pada tahun hadapan, hari raya kembali disambut di Sungai Balai.

Walaupun jauh dari kampung, suasana raya tetap dirasai. Emak macam biasa akan membuat persiapan menyambut aidil fitri. Pastinya menu utama ialah rempeyek dan tumpi. Apa lagi pada sebelah malam selepas solat terawih, emak dan putu-putunya melakukan operasi menggoreng rempeyek dan tumpi. Zafirah dah mula pandai menggoreng panganan tradisi Jawa itu. Lalu saya mengusik bahawa dialah yang akan mewarisi resepi turun-temurun itu.

Malam kedua, emak dan putu-putunya turun ke dapur lagi. Kali ini untuk menumbuk kacang untuk dibuat kuah kacang yang bakal dimakan bersama nasi himpit. Sambil menumbuk kacang, sempat juga menukar langsir. Hah, terhibur melihatkan karenah anak-anak.

Corat Coret Ramadan (i)


Alhamdulillah, Ramadan terus dilalui dengan ibadah sedaya mungkin. Mudah-mudahan akan sampai ke penghujungnya.

Sabtu lepas abang Mie sekeluarga datang berbuka puasa di Taman Bukit Katil Damai. Pelbagai menu terhidang petang itu. Abang Mie sempat ke Umbai mencari Jenahak bakar. Ditambah pula dengan gulai lemak siput sedut dan ulaman. Apa lagi berbuka malam tu memang lain dari yang lain.

Lepas berbuka kami berjemaah maghrib dan isyak serta bertarawikh. Alhamdulillah, seminggu terakhir Ramadan, kami berjemaah maghrib, isyak dan terawikh bersama-sama emak dan bapak. Bapak tak mampu berdiri, hanya bersolat sambil duduk. Sesungguhnya Ramadan ini bakal menjadi Ramadan yang sukar dilupakan - dapat berpuasa dengan bapak dan emak serta dapat pula berjemaah pada penghujung Ramadan.

Wednesday, August 25, 2010

Bekalan Ubat Untuk Ayahnda

Memandangkan bekalan ubat hanya sehingga 28 ogos dan priskrip serta bekas ubat berada di Melaka..Terima Kasih kepada Dr. Rosnah kerana membantu memudahkan pembelian ubat Ayahnda (tanpa priskrip asal)malahan kali ini mendapat diskaun dengan kehadiran Dr ke Farmasi HUKM. Bekalan ubat sehingga 09102010.

"YA ALLAH SEMBUHKAN LAH PENYAKIT AYAHNDA KU.. AMINNN"

Sunday, August 22, 2010

Khabar Dari Melaka

Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke-12 kita menjalani ibadah puasa. Bapak juga kelihatan tabah melaksanakan kewajipan yang datang cuma setahun sekali ini. Cuma pagi tadi bapak mengadu pening. Apabila ditanya apakah bapak ingin berbuka, bapak masih tetap mahu meneruskan berpuasa.
Suasana cuti hari ahad berjalan seperti biasa di Melaka ini. Zaffri nampak dan sihat dari deman dan bercadang nak balik ke kampus esok(Isnin). Yang lain macam biasalah, Izzah dan Zahira menjadikan suasana rumah jadi riuh rendah. Bila keduanya lena diulit mimpi, terasa sunyi pulak.
Hari ini berbuka gulai tempe, sambal tumis ikan bilis campur petai dan daging dendeng. Mudah-mudahan puasa tahun ini akan lebih diberkati dengan kehadiran emak dan bapak beserta Acu dan anak-anak. InsyaAllah.