Wednesday, June 9, 2010

EMBAH LANANG SEMAKIN PULIH!! by aneen

Assalamualaikum!
heh! rasanya ni entry yang kedua dari aneen kan? heee~
BAIKLAH! aneen, ibu, abah, iya, aishah dan yas pergi melawat embah lanang dan embah wedok semalam ( 8 june ) and ni la gambar-gambar yang aneen sempat tangkap!
aneen sempat pose time visit embah! he~


ni la antara prescripition atau pun ciri2 makanan yang embah lanang kena ambil lepas ni~
masa aneen sampai di wad embah, ibu dengan firas tak ada lagi sebab diorang pergi park kereta, abah pulak on the way naik motor dari office ke HUKM.
time tu, embah wedok bagitau yang embah lanang dah boleh keluar wad esok!! yay!
tapi embah kena masukkn air (NaCl)-Sodium Chloride; sebab.. Dr Aiman kata, kulit embah kering~
APA-APA PUN, ALHAMDULILLAH, EMBAH LANANG DAH SEMAKIN SIHAT~







Monday, June 7, 2010

LAWATAN KE HUKM by aneen

Assalamualaikum!

Ha~ Post kali ni, aneen yang buat. Sebenarnya saja-saja nak share gambar2 yang aneen sempat tangkap hari tu!

Hari sabtu yang lepas, memang sangat, sangat, SANGAT best!!!!!!!!

Sedara mara semua berkumpul di rumah aneen, gather ramai-ramai! BEST! Sangat2 meriah!

keadaan embah lanang sewaktu kedatangan aneen dan sedara mara yang lain. sempat jugak tangkap gambar yang masih lesu dan penat.. sayu nye~



kami semua dapat keluar lambat dari wad meskipun masa melawat dah habis, cik lita kata sebab juru rawat gemuk yang hari tu punya tak ada.. ahahah




keadaan di luar lif.. semua sabar menunggu lif sambil berbincang tentang rancangan untuk malam minggu!



semua dah sepakat! rumah wak mimie menjadi target selepas ini~ YAY!

dah sampai parking..

setakat ini sahaja post yang aneen nak share

moga kita berjumpa lagi ye!

credit to acik zazmi~

bye

Saturday, June 5, 2010

Gempar

Alhamdulillah, emak, bapak, abang Kamal & kak yong selamat sampai ke KLIA dari Jeddah kira-kira 1.30 tgh, Rabu, 2 Jun 2010. Tak dapat bersama menunggu di KLIA lantaran ada komitmen lain. Pada Khamis, terima mesej daripada abang mie mengatakan bapak demam, suhu bapak agak panas. Bawa ke klinik. Tidak ada yang perlu dirisaukan, kata abang mie.
Cuma tengahari semalam, sebaik balik dari solat Jumaat, dapat tahu bahawa bapak pengsan dan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM). Gempar juga tapi segera zikrullah. Allah Maha mengetahui. Bercadang nak balik petang itu juga namun apabila dapat tahu bahawa bapak dah mula sedar dan sudah boleh berinteraksi, rancangan nak ke Kuala Lumpur ditangguh hingga ke hari ini(Sabtu).
Ikut kata pada abang Mie, bapa kena jangkitan kuman pada paru-paru dan air kencing. Alhamdulillah, tidak lagi di ICU dan mula dipindahkan ke wad biasa di tingkat 7 wad 6B.
Pagi tadi bergegas ke KL. Ambil anakanda Zarif yang pulang bercuti dari Gunung Semanggol di stesen LRT UM, Pantai Baharu. Kemudian terus ke HUKM. Alhamdulillah dapat berjumpa emak dan bapak. Bapak kelihatan ceria di atas katil. Kelihatan juga adinda Naim, Asyraf, Roslina dan suami, Syahril. Sempat bercerita kisah di Makkah dan Madinah. Ingatan bapak masih tajam sewaktu bercerita dan sesekali berjenaka.
Entah bila bapak akan discharge kerana perlu lalui satu lagi pengesahan pemeriksaan berkaitan buah pinggang sebelah kanan. Mudah-mudahan tidak ada komplikasi pada buah pinggang bapak. Baru sebentar tadi selepas Isyak, sewaktu berkumpul di rumah bang Mie, kami berkumpul sambil baca Yaasin mohon Allah SWT kurniakan kesejahteraan dan kesabaran pada bapak agar tabah melalui ujian Allah SWT dan juga untuk emak yang sudah dua malam menemani bapak di wad,

Berita Sedih


Setibanya dirumah




Alhamdulillah Ayahnda, Bonda, Abg Kamal dan Kak Yong selamat sampai ketanah air (touch down 1ptg dan check out setelah selesai urusan bagasi jam 3ptg).

Namun pada malamnya ayahnda mengalami demam, diajak keklinik namun ayangda menolak. malam kedua pun sama juga, suhu badan ayahnda meningkat. Pagi jumaat tu tekad untuk membawa ayahnda keklinik bersebelahan dengan BRJ. Selesai urusan diklinik balik dan memberi ayangda makan ubat yang dibekalkan langsung ayanhnda tidur dibilik belakang, demi memastikan keselesaan ayahnda saya menghidupkan penghawa dingin.

Setelah selesai saya kepejabat untuk meneruskan aktiviti harian. Dipejabat agak sibuk dengan tugas sehingga bila tersedar waktu untuk solat jumaat hampir tiba. bilamana hendak memakai selipar untuk pergi solat jumaat, di handphone ada miss call ... bila call balik.."Bang Bapak tak sedar''.......