Saturday, June 5, 2010

Gempar

Alhamdulillah, emak, bapak, abang Kamal & kak yong selamat sampai ke KLIA dari Jeddah kira-kira 1.30 tgh, Rabu, 2 Jun 2010. Tak dapat bersama menunggu di KLIA lantaran ada komitmen lain. Pada Khamis, terima mesej daripada abang mie mengatakan bapak demam, suhu bapak agak panas. Bawa ke klinik. Tidak ada yang perlu dirisaukan, kata abang mie.
Cuma tengahari semalam, sebaik balik dari solat Jumaat, dapat tahu bahawa bapak pengsan dan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM). Gempar juga tapi segera zikrullah. Allah Maha mengetahui. Bercadang nak balik petang itu juga namun apabila dapat tahu bahawa bapak dah mula sedar dan sudah boleh berinteraksi, rancangan nak ke Kuala Lumpur ditangguh hingga ke hari ini(Sabtu).
Ikut kata pada abang Mie, bapa kena jangkitan kuman pada paru-paru dan air kencing. Alhamdulillah, tidak lagi di ICU dan mula dipindahkan ke wad biasa di tingkat 7 wad 6B.
Pagi tadi bergegas ke KL. Ambil anakanda Zarif yang pulang bercuti dari Gunung Semanggol di stesen LRT UM, Pantai Baharu. Kemudian terus ke HUKM. Alhamdulillah dapat berjumpa emak dan bapak. Bapak kelihatan ceria di atas katil. Kelihatan juga adinda Naim, Asyraf, Roslina dan suami, Syahril. Sempat bercerita kisah di Makkah dan Madinah. Ingatan bapak masih tajam sewaktu bercerita dan sesekali berjenaka.
Entah bila bapak akan discharge kerana perlu lalui satu lagi pengesahan pemeriksaan berkaitan buah pinggang sebelah kanan. Mudah-mudahan tidak ada komplikasi pada buah pinggang bapak. Baru sebentar tadi selepas Isyak, sewaktu berkumpul di rumah bang Mie, kami berkumpul sambil baca Yaasin mohon Allah SWT kurniakan kesejahteraan dan kesabaran pada bapak agar tabah melalui ujian Allah SWT dan juga untuk emak yang sudah dua malam menemani bapak di wad,

No comments:

Post a Comment