Wednesday, August 25, 2010

Bekalan Ubat Untuk Ayahnda

Memandangkan bekalan ubat hanya sehingga 28 ogos dan priskrip serta bekas ubat berada di Melaka..Terima Kasih kepada Dr. Rosnah kerana membantu memudahkan pembelian ubat Ayahnda (tanpa priskrip asal)malahan kali ini mendapat diskaun dengan kehadiran Dr ke Farmasi HUKM. Bekalan ubat sehingga 09102010.

"YA ALLAH SEMBUHKAN LAH PENYAKIT AYAHNDA KU.. AMINNN"

Sunday, August 22, 2010

Khabar Dari Melaka

Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke-12 kita menjalani ibadah puasa. Bapak juga kelihatan tabah melaksanakan kewajipan yang datang cuma setahun sekali ini. Cuma pagi tadi bapak mengadu pening. Apabila ditanya apakah bapak ingin berbuka, bapak masih tetap mahu meneruskan berpuasa.
Suasana cuti hari ahad berjalan seperti biasa di Melaka ini. Zaffri nampak dan sihat dari deman dan bercadang nak balik ke kampus esok(Isnin). Yang lain macam biasalah, Izzah dan Zahira menjadikan suasana rumah jadi riuh rendah. Bila keduanya lena diulit mimpi, terasa sunyi pulak.
Hari ini berbuka gulai tempe, sambal tumis ikan bilis campur petai dan daging dendeng. Mudah-mudahan puasa tahun ini akan lebih diberkati dengan kehadiran emak dan bapak beserta Acu dan anak-anak. InsyaAllah.

Thursday, August 19, 2010

Hari Kedua Dialisis


Jika hari pertama, selasa lepas, bapak kami hantar ke pusat dialisis, tetapi pagi tadi bapak dijemput dan dihantar oleh pihak pusat rawatan tersebut. Ingatkan yang datang menjemput bapak dan emak sekadar kancil, tapi rupa-rupaya Toyota Camry. Waduh-waduh, ini sudah" first class treatment". Mudah-mudahan begitulah seterusnya. Mungkin juga ini antara piagam pelanggan pusat berkenaan, keselesaan pesakit/pelanggan diutamakan.


Mbah Kini Di Melaka Bandaraya Bersejarah







Emak dan bapak kini bertukar angin di Melaka. Alhamdulillah, suara bapak yang serak sebelum ini nampaknya dah beransur pulih . Di Melaka, Acu juga ada bersama. Justeru riuh rendahlah teratak di Bukit Katil Damai tapi seronok terutama embah berdua.
Selasa lepas bapak buat pertama kali menjalani rawatan dialisis di Pusat Hemodialisis Suria di Kompleks Zakat Melaka yang terletak bersebelahan pula dengan gedung beli belah, Keluargaku. Nanti bolehlah bawa emak menjenguk ke Keluargaku, kot-kot ada yang berkenan di hati.






Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadan

InsyaAllah, esok kita mula berpuasa. Malam ni yang lelakinya kena pakai kain pelikat baru kerana jika esok ditakdirkan puasa, bertarawihlah kita malam ni. Tak usahlah diperdebatkan lapan atau 20 rakaat. Buat semampu daya. Jangan sampai tak buat langsung.
Tahun ini bapak akan berpuasa dengan suasana 'baru'. Tidak seperti tahun-tahun lalu. Jika dikenang jika diingat, musim-musim begini bapak akan bertadarus Al Quran. Masih terngiang-ngiang di telinga suara bapa membaca Al Quran pada Ramadan lalu. Sayup-sayup suara bapa kedengaran melafazkan kalamullah dengan suara tuanya. Moga-moga bapa akan melakukannya lagi pada tahun ini.
Pada semua, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik serta anak-anak. ayuh kita berazam untuk mempertingkatkan kualiti puasa kita tahun ini berbanding tahun-tahun lalu.
Pada kesempatan ini saya sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sempena Ramadan yang menjelang.

Tuesday, August 3, 2010

Pulang Dulu





Ahad lepas dalam sedikit kalut kerana bergelumang dengan masa, sempat juga nikmati makan hari bersama-sama bapak di rumah abang Zam. Sepatutnya saya sekeluarga tak makan tengahari tapi entah macam mana terlanjur dah terhidang, jamahlah juga. Sebelum berangkat, sempat berposing dengan bapak, abang Mie, kak zah, abang Zam, naim beserta anak-anak saudara dan sepupu-sepupu mereka. Semoga ketemu lagi.

Sunday, August 1, 2010

embah smakin ceria...

aslkm dan salam semua..
sy author tbaru dlm ramli sariah blog..
anda bole pggil sy iwan..
arini embah semakin sihat.. mungkin sebab ramai anak-anak dan putu2 nya ada.. embah mesti seronok.. lagi-lagi bile bertambah satu lagi cucu yang bernama syaza liyana.. ramai org disini.. terasa suasana kampung... di pusat dialisis smalam.. embah wedok cite yang embah lanang nak balik kg time raya.. iwan pun cakap ngan embah.. kalau embah dah stabil baru kita balik kampung.. di dalam rumah ni.. semua bercerita tentang kunjungan raya tahun ini... pada iwan kalau semua hal sudah settle.. baru boleh raya... 'ya ALLAH Kau rahmatilah keluarga kami semoga kami semua sejahtera dunia akhirat... Amin...

Syukur Kami Masih Di Sini

Syukur kami masih di sini
Di sisi emak dan bapak dikasihi

Betapa masih ramai di pelusuk dunia
Sudah ketiadaan ibu dan bapa

Syukur kami masih di sini
Menatap walid merenung ummi

Betapa ada insan lain yang belum tentu
Dapat menikmati semua itu

Syukur kami masih di sini

Menghirup Udara Pagi, Disentuh Sinar Mentari




Pagi ini bersarapan roti canai dan nasi lemak. Bapak nampak berselera. Sambil sarapan bapak rancak juga bersembang. Lepas sarapan, bapak duduk di buaian, sambil menghirup udara pagi sambil melihat cucu-cucu riang berlari-lari.