Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadan

InsyaAllah, esok kita mula berpuasa. Malam ni yang lelakinya kena pakai kain pelikat baru kerana jika esok ditakdirkan puasa, bertarawihlah kita malam ni. Tak usahlah diperdebatkan lapan atau 20 rakaat. Buat semampu daya. Jangan sampai tak buat langsung.
Tahun ini bapak akan berpuasa dengan suasana 'baru'. Tidak seperti tahun-tahun lalu. Jika dikenang jika diingat, musim-musim begini bapak akan bertadarus Al Quran. Masih terngiang-ngiang di telinga suara bapa membaca Al Quran pada Ramadan lalu. Sayup-sayup suara bapa kedengaran melafazkan kalamullah dengan suara tuanya. Moga-moga bapa akan melakukannya lagi pada tahun ini.
Pada semua, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik serta anak-anak. ayuh kita berazam untuk mempertingkatkan kualiti puasa kita tahun ini berbanding tahun-tahun lalu.
Pada kesempatan ini saya sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sempena Ramadan yang menjelang.

No comments:

Post a Comment