Monday, September 13, 2010

Eidul Fitri Yang Dinanti






















Alhamdulillah, Eidul Fitri disambut untuk kesekian kalinya. Gitu gini hari ni dah masuk hari keempat kita beraya. Abah dan emak masih di Melaka. Jika hari raya pertama abang Kamal sekeluarga datang berkunjung pada Ahad pula abang Zam, Bad, Naim dan Acu menyerikan lagi lebaran. Pagi tadi(isnin) pula, abang Mi dan famili datang. Meriah sungguh sehari dua ni. Satu peristiwa yang sukar berulang. Apapun semoga ia menjadi kenangan paling manis untuk kami sekeluarga. Yang penting emak dan bapak ceria dan terhibur pada hari yang mulia ini. Dilampirkan foto yang dirakam pada kesempatan hari raya kali ini. Jadi momento yang cukup berharga.






















Thursday, September 9, 2010

Hamper


Semalam bapak ke pusat dialisis-dua hari berturut-turut(Selasa & Rabu) kerana cuti hari raya. Jadi selepas ini dialisis bapak ialah pada pagi Sabtu.


Semalam juga bapak menerima hamper sumbangan pusat dialisis berkenaan. Apa lagi, kebanyakkan isi hamper merupakan jajan belaka. Pasti yang kenyang adalah putu-putunya yang sememangnya laparkan jajan sebegitu.

Corat-Coret Ramadan (ii)




Tahun ini adalah kali pertama emak dan bapak tidak menyambut hari raya di kampung sebaliknya beraya di Taman Bukit Katil Damai, Melaka. Terkesan kesayuan di wajah mereka namun keadaan tidak mengizinkan. InsyaAllah, pada tahun hadapan, hari raya kembali disambut di Sungai Balai.

Walaupun jauh dari kampung, suasana raya tetap dirasai. Emak macam biasa akan membuat persiapan menyambut aidil fitri. Pastinya menu utama ialah rempeyek dan tumpi. Apa lagi pada sebelah malam selepas solat terawih, emak dan putu-putunya melakukan operasi menggoreng rempeyek dan tumpi. Zafirah dah mula pandai menggoreng panganan tradisi Jawa itu. Lalu saya mengusik bahawa dialah yang akan mewarisi resepi turun-temurun itu.

Malam kedua, emak dan putu-putunya turun ke dapur lagi. Kali ini untuk menumbuk kacang untuk dibuat kuah kacang yang bakal dimakan bersama nasi himpit. Sambil menumbuk kacang, sempat juga menukar langsir. Hah, terhibur melihatkan karenah anak-anak.

Corat Coret Ramadan (i)


Alhamdulillah, Ramadan terus dilalui dengan ibadah sedaya mungkin. Mudah-mudahan akan sampai ke penghujungnya.

Sabtu lepas abang Mie sekeluarga datang berbuka puasa di Taman Bukit Katil Damai. Pelbagai menu terhidang petang itu. Abang Mie sempat ke Umbai mencari Jenahak bakar. Ditambah pula dengan gulai lemak siput sedut dan ulaman. Apa lagi berbuka malam tu memang lain dari yang lain.

Lepas berbuka kami berjemaah maghrib dan isyak serta bertarawikh. Alhamdulillah, seminggu terakhir Ramadan, kami berjemaah maghrib, isyak dan terawikh bersama-sama emak dan bapak. Bapak tak mampu berdiri, hanya bersolat sambil duduk. Sesungguhnya Ramadan ini bakal menjadi Ramadan yang sukar dilupakan - dapat berpuasa dengan bapak dan emak serta dapat pula berjemaah pada penghujung Ramadan.