Tuesday, November 2, 2010

Semakin Ceria

Agak lama juga blog ni tak ada entri posting baru. Kalau ikutkan entri terakhir ialah pada minggu Aidil Fitri lalu. Tapi tak apa, pada kesempatan ini dimaklumkan bahawa bapak dah semakin ceria tambahan pula dah balik semula ke Sungai Balik dan menjalani rawatan dialisis di Teluk Intan sejak dua minggu lalu. Alhamdulillah.

Khabarnya lagi bapak dah boleh memandu untuk ke surau dan masjid. Beerti rutin bapak dah kembali seperti sediakala. Cuma kena patuhi appointnment untuk dialisis.

Monday, September 13, 2010

Eidul Fitri Yang Dinanti






















Alhamdulillah, Eidul Fitri disambut untuk kesekian kalinya. Gitu gini hari ni dah masuk hari keempat kita beraya. Abah dan emak masih di Melaka. Jika hari raya pertama abang Kamal sekeluarga datang berkunjung pada Ahad pula abang Zam, Bad, Naim dan Acu menyerikan lagi lebaran. Pagi tadi(isnin) pula, abang Mi dan famili datang. Meriah sungguh sehari dua ni. Satu peristiwa yang sukar berulang. Apapun semoga ia menjadi kenangan paling manis untuk kami sekeluarga. Yang penting emak dan bapak ceria dan terhibur pada hari yang mulia ini. Dilampirkan foto yang dirakam pada kesempatan hari raya kali ini. Jadi momento yang cukup berharga.






















Thursday, September 9, 2010

Hamper


Semalam bapak ke pusat dialisis-dua hari berturut-turut(Selasa & Rabu) kerana cuti hari raya. Jadi selepas ini dialisis bapak ialah pada pagi Sabtu.


Semalam juga bapak menerima hamper sumbangan pusat dialisis berkenaan. Apa lagi, kebanyakkan isi hamper merupakan jajan belaka. Pasti yang kenyang adalah putu-putunya yang sememangnya laparkan jajan sebegitu.

Corat-Coret Ramadan (ii)




Tahun ini adalah kali pertama emak dan bapak tidak menyambut hari raya di kampung sebaliknya beraya di Taman Bukit Katil Damai, Melaka. Terkesan kesayuan di wajah mereka namun keadaan tidak mengizinkan. InsyaAllah, pada tahun hadapan, hari raya kembali disambut di Sungai Balai.

Walaupun jauh dari kampung, suasana raya tetap dirasai. Emak macam biasa akan membuat persiapan menyambut aidil fitri. Pastinya menu utama ialah rempeyek dan tumpi. Apa lagi pada sebelah malam selepas solat terawih, emak dan putu-putunya melakukan operasi menggoreng rempeyek dan tumpi. Zafirah dah mula pandai menggoreng panganan tradisi Jawa itu. Lalu saya mengusik bahawa dialah yang akan mewarisi resepi turun-temurun itu.

Malam kedua, emak dan putu-putunya turun ke dapur lagi. Kali ini untuk menumbuk kacang untuk dibuat kuah kacang yang bakal dimakan bersama nasi himpit. Sambil menumbuk kacang, sempat juga menukar langsir. Hah, terhibur melihatkan karenah anak-anak.

Corat Coret Ramadan (i)


Alhamdulillah, Ramadan terus dilalui dengan ibadah sedaya mungkin. Mudah-mudahan akan sampai ke penghujungnya.

Sabtu lepas abang Mie sekeluarga datang berbuka puasa di Taman Bukit Katil Damai. Pelbagai menu terhidang petang itu. Abang Mie sempat ke Umbai mencari Jenahak bakar. Ditambah pula dengan gulai lemak siput sedut dan ulaman. Apa lagi berbuka malam tu memang lain dari yang lain.

Lepas berbuka kami berjemaah maghrib dan isyak serta bertarawikh. Alhamdulillah, seminggu terakhir Ramadan, kami berjemaah maghrib, isyak dan terawikh bersama-sama emak dan bapak. Bapak tak mampu berdiri, hanya bersolat sambil duduk. Sesungguhnya Ramadan ini bakal menjadi Ramadan yang sukar dilupakan - dapat berpuasa dengan bapak dan emak serta dapat pula berjemaah pada penghujung Ramadan.

Wednesday, August 25, 2010

Bekalan Ubat Untuk Ayahnda

Memandangkan bekalan ubat hanya sehingga 28 ogos dan priskrip serta bekas ubat berada di Melaka..Terima Kasih kepada Dr. Rosnah kerana membantu memudahkan pembelian ubat Ayahnda (tanpa priskrip asal)malahan kali ini mendapat diskaun dengan kehadiran Dr ke Farmasi HUKM. Bekalan ubat sehingga 09102010.

"YA ALLAH SEMBUHKAN LAH PENYAKIT AYAHNDA KU.. AMINNN"

Sunday, August 22, 2010

Khabar Dari Melaka

Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke-12 kita menjalani ibadah puasa. Bapak juga kelihatan tabah melaksanakan kewajipan yang datang cuma setahun sekali ini. Cuma pagi tadi bapak mengadu pening. Apabila ditanya apakah bapak ingin berbuka, bapak masih tetap mahu meneruskan berpuasa.
Suasana cuti hari ahad berjalan seperti biasa di Melaka ini. Zaffri nampak dan sihat dari deman dan bercadang nak balik ke kampus esok(Isnin). Yang lain macam biasalah, Izzah dan Zahira menjadikan suasana rumah jadi riuh rendah. Bila keduanya lena diulit mimpi, terasa sunyi pulak.
Hari ini berbuka gulai tempe, sambal tumis ikan bilis campur petai dan daging dendeng. Mudah-mudahan puasa tahun ini akan lebih diberkati dengan kehadiran emak dan bapak beserta Acu dan anak-anak. InsyaAllah.

Thursday, August 19, 2010

Hari Kedua Dialisis


Jika hari pertama, selasa lepas, bapak kami hantar ke pusat dialisis, tetapi pagi tadi bapak dijemput dan dihantar oleh pihak pusat rawatan tersebut. Ingatkan yang datang menjemput bapak dan emak sekadar kancil, tapi rupa-rupaya Toyota Camry. Waduh-waduh, ini sudah" first class treatment". Mudah-mudahan begitulah seterusnya. Mungkin juga ini antara piagam pelanggan pusat berkenaan, keselesaan pesakit/pelanggan diutamakan.


Mbah Kini Di Melaka Bandaraya Bersejarah







Emak dan bapak kini bertukar angin di Melaka. Alhamdulillah, suara bapak yang serak sebelum ini nampaknya dah beransur pulih . Di Melaka, Acu juga ada bersama. Justeru riuh rendahlah teratak di Bukit Katil Damai tapi seronok terutama embah berdua.
Selasa lepas bapak buat pertama kali menjalani rawatan dialisis di Pusat Hemodialisis Suria di Kompleks Zakat Melaka yang terletak bersebelahan pula dengan gedung beli belah, Keluargaku. Nanti bolehlah bawa emak menjenguk ke Keluargaku, kot-kot ada yang berkenan di hati.






Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadan

InsyaAllah, esok kita mula berpuasa. Malam ni yang lelakinya kena pakai kain pelikat baru kerana jika esok ditakdirkan puasa, bertarawihlah kita malam ni. Tak usahlah diperdebatkan lapan atau 20 rakaat. Buat semampu daya. Jangan sampai tak buat langsung.
Tahun ini bapak akan berpuasa dengan suasana 'baru'. Tidak seperti tahun-tahun lalu. Jika dikenang jika diingat, musim-musim begini bapak akan bertadarus Al Quran. Masih terngiang-ngiang di telinga suara bapa membaca Al Quran pada Ramadan lalu. Sayup-sayup suara bapa kedengaran melafazkan kalamullah dengan suara tuanya. Moga-moga bapa akan melakukannya lagi pada tahun ini.
Pada semua, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik serta anak-anak. ayuh kita berazam untuk mempertingkatkan kualiti puasa kita tahun ini berbanding tahun-tahun lalu.
Pada kesempatan ini saya sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sempena Ramadan yang menjelang.

Tuesday, August 3, 2010

Pulang Dulu





Ahad lepas dalam sedikit kalut kerana bergelumang dengan masa, sempat juga nikmati makan hari bersama-sama bapak di rumah abang Zam. Sepatutnya saya sekeluarga tak makan tengahari tapi entah macam mana terlanjur dah terhidang, jamahlah juga. Sebelum berangkat, sempat berposing dengan bapak, abang Mie, kak zah, abang Zam, naim beserta anak-anak saudara dan sepupu-sepupu mereka. Semoga ketemu lagi.

Sunday, August 1, 2010

embah smakin ceria...

aslkm dan salam semua..
sy author tbaru dlm ramli sariah blog..
anda bole pggil sy iwan..
arini embah semakin sihat.. mungkin sebab ramai anak-anak dan putu2 nya ada.. embah mesti seronok.. lagi-lagi bile bertambah satu lagi cucu yang bernama syaza liyana.. ramai org disini.. terasa suasana kampung... di pusat dialisis smalam.. embah wedok cite yang embah lanang nak balik kg time raya.. iwan pun cakap ngan embah.. kalau embah dah stabil baru kita balik kampung.. di dalam rumah ni.. semua bercerita tentang kunjungan raya tahun ini... pada iwan kalau semua hal sudah settle.. baru boleh raya... 'ya ALLAH Kau rahmatilah keluarga kami semoga kami semua sejahtera dunia akhirat... Amin...

Syukur Kami Masih Di Sini

Syukur kami masih di sini
Di sisi emak dan bapak dikasihi

Betapa masih ramai di pelusuk dunia
Sudah ketiadaan ibu dan bapa

Syukur kami masih di sini
Menatap walid merenung ummi

Betapa ada insan lain yang belum tentu
Dapat menikmati semua itu

Syukur kami masih di sini

Menghirup Udara Pagi, Disentuh Sinar Mentari




Pagi ini bersarapan roti canai dan nasi lemak. Bapak nampak berselera. Sambil sarapan bapak rancak juga bersembang. Lepas sarapan, bapak duduk di buaian, sambil menghirup udara pagi sambil melihat cucu-cucu riang berlari-lari.




Saturday, July 31, 2010

Cucu Baru


Alhamdulillah, awal subuh Jumaat(31 Ju;lai), emak dan bapak dikurnia seorang lagi cucu, anak Acu dan Syahril. Puteri kedua mereka. Kini sudah 27 orang cucu emak dan bapak-15 lanang dan 12 wedok. Lihatlah betapa comelnya dia. Nama baby ini ialah Syaza Ilyana.

Berjumpa Bapak

Petang tadi ke Shah Alam ke rumah abang Zam untuk berjumpa bapak dan emak. Setibanya kira-kira jam 7.00 malam, emak dan bapak masih berada di pusat haemodialisis kerana hari ini adalah rutin untuk bapak "cuci darah". Jam 8,00 malam baru emak dan bapak balik. Bapak sedikit lemah tapi dah mula dapat 'membiasakan' diri dengan rutin barunya itu. Alhamdulillah.
Merenung wajah bapak, walaupun tidak seceria dulu namun masih kelihatan raut wajah yang berkeyakinan dan penuh ketabahan. Emak pula masih kaya senyuman namun jauh di sudut hati, Allah sahaja yang mengetahui.
Tiba waktu makan, kami menikmati juadah yang disediakan oleh kak Zah. Bapak berselera meratah pecal. Dalam pada itu sempat juga menjamah dua ulas durian dan merasa secubit tapai ubi. Terbayang suasana di kampung ketika duduk makan bersama. Bapak selalunya gemar makan apa saja yang dihidang emak bahkan seleranya bertambah lebih-lebih lagi apabila anak, menantu beserta putu-putu berebut suap. Apapun lega rasanya apabila selera bapak kian pulih. Semoga emosinya juga beransur sejahtera dalam menghadapi rutin hidup yang tidak pernah terfikirkan akan dilalui di saat-saat sebegini. Sesungguhnya takdir Allah maha suci dan murni dan ia menuntut ketahanan dan kesabaran. InsyaAllah, bapak dan emak memiliki keduanya.

Tuesday, July 27, 2010

Kunjungan Besan Dari Perlis 27 Julai 2010





Salam. Hari ni hari ke 9 ayahnda menjalani Dialisis. Alhamdulillah dikunjungi oleh besan daripada Perlis. Sempat juga berbual serta bertanya khabar dan issu semasa sementara menunggu giliran.

Monday, July 26, 2010

Hadiah Daripada Abang Kamal



Kerusi Roda diatas dibeli oleh Abang Kamal untuk Ayahnda. Terima Kasih Abang Kamal kerana menghadiahkan Ayahnda dengan Kerusi Roda dan semuga dengan adanya kerusi tersebut dapat sedikit sebanyak membantu Ayahnda.

"YA. ALLAH YA.RAHMAN.. SESUNGGUHNYA USAHA MURNI HAMBAMU INI ADALAH DEMI UNTUK KEBAIKAN DAN GEMBIRAAN KEDUA AYAH DAN BONDA.. BERIKANLAH TAUFIQ DAN HIDAYAH MU SERTA KEBERKATAN KEPADA KAMI ATAS USAHA KAMI DEMI KEBAHAGIAN, KESENANGANDAN KESELESAAN KEDUA AYAH DAN BONDA. AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN"

Beli Ubat 26/07/2010






Alhamdulillah Hari ni berkesempatan beli ubat Ayahnda di HUKM. Nak beli ubat ni kena bawak beg yang telah disediakan dimana dalamnya terdapat bungkusan ais bagi mengawal suhu ubat tersebut.



"YA ALLAH BERKATI LAH USAHA KU INI DEMI UNTUK KEBAIKAN KESIHATAN AYAHNDA TERCINTA. SEMBUHKAN LAH PENYAKITNYA AGAR MEMBOLEHKAN AYAHNDA MENGERJAKAN SEGALA IBADAH DENGAN MUDAH DAN SELESA.. AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN"

Sunday, July 25, 2010

Sabut 24 Julai 2010



Hari ni hari ke 8 Ayahnda menerima rawatan DIALISIS telah didatangi oleh salah seorang adinda kesayangan iaitu MILATU SAMSI (Paman Meh)yang ditemani oleh salah seorang anaknya. Alhamdulillah dengan kehadiran Paman Meh dapatlah menaikan semangat Ayahnda dimana rancak berbual (Lihat dalam gambar diatas.

Wednesday, July 21, 2010

Update

Semasa Dialisis Selasa 20 Julai 2010


Selesai Dialisis dan pulang kerumah BADRULHISHAM sempat beraksi bersama anaknda dan menantu. Kecerian nampak terpancar pada raut wajahnya walaupaun kualiti gambar kurang memuaskan kerana kurang lighting. Khabarnya semasa dialisis tiub darah tercabut menyebabkan darah keluar hingga membasahi lantai Pusat Dialisis MAIS. Alhamdulillah semuanya terkawal walaupun salah seorang didapiati BP nya naik mendadak 150/100 kerana terkejut.
"YA ALLAH SESUNGGUNHNYA AKU MEMOHON KEPADA MU AGAR MERINGANKAN DUGAAN YANG ENGKAU BERIKAN KEPADA AYANHDA KU DENGAN SERINGAN RINGAN DUGAAN. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BIJAKSANA.."

Tuesday, July 20, 2010

DIALISIS



Bermula 08/07/2010. Bermula sejarah baru dalam hidup Ayahnda kerana mulai dari itu Ayahnda menghadapi satu lagi dugaan dalam hidupnya. Setiap hari SELASA, KHAMIS dan SABTU jam 3ptg hingga ke jam 7 malam Ayahnda terpaksa menghadirkan diri untuk melakukan dialisis ditemani oleh ibunda tersayang.

"YA ALLAH YA RAHMAN, YA ZALAL LIL WAL IKRAM..DENGAN KEKUASAAN MU AKU MEMOHON KEPADA MU AGAR RINGANKAN LAH DUGAAN KEATAS AYAHNDA KU.. MAAF DAN AMPUNKANLAH SEGALA DOSANYA YA ALLAH.SEMBUHKAN LAH SEGALA PENYAKINYA AGAR DPAT MELAKUKAN IBADAH DENGAN SEMPURNA. YA ALLAH BERKATILAH USAHAKAMI, TABAHKANLAH HATI KAMI DALAM MENANGANI DUGAAN DARI MU YA ALLAH..YA ALLAH PERKENANKANLAH DOA KAMI. AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN"

FISTULA



Hari ni Jumaat 16 Julai 2010. Sekali lagi Ayahnda ke HUKM untuk temujanji inplant Arteriovenous fistula AVF. Keadaan Ayahnda masih letih, lesu, tak ada selera makan, pening, loya. Ini semua adalah disebabkan jumlah TOKSID dalam darah terlalu tinggi walaupun telah empat kali DIALISI dilakukan namun jumlah TOKSID masih belum menurun.Ini Lah kekuasaan Allah, walaupun dengan hanya sebesar gengaman kedua dua buah pinggang dapat menjalankan kerja mencuci darah bagi mengasingkan toksid dalam darah dengan begitu efision berbanding dengan mesin Dialisis yang agak besar.

" YA ALLAH SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA MENGETAHUI AKAN APA YANG BERLAKU DIDUNIA INI. JADIKANLAH KAMI DARIPADA ORANG ORANG YANG BERSYUKUR"

Wednesday, June 9, 2010

EMBAH LANANG SEMAKIN PULIH!! by aneen

Assalamualaikum!
heh! rasanya ni entry yang kedua dari aneen kan? heee~
BAIKLAH! aneen, ibu, abah, iya, aishah dan yas pergi melawat embah lanang dan embah wedok semalam ( 8 june ) and ni la gambar-gambar yang aneen sempat tangkap!
aneen sempat pose time visit embah! he~


ni la antara prescripition atau pun ciri2 makanan yang embah lanang kena ambil lepas ni~
masa aneen sampai di wad embah, ibu dengan firas tak ada lagi sebab diorang pergi park kereta, abah pulak on the way naik motor dari office ke HUKM.
time tu, embah wedok bagitau yang embah lanang dah boleh keluar wad esok!! yay!
tapi embah kena masukkn air (NaCl)-Sodium Chloride; sebab.. Dr Aiman kata, kulit embah kering~
APA-APA PUN, ALHAMDULILLAH, EMBAH LANANG DAH SEMAKIN SIHAT~







Monday, June 7, 2010

LAWATAN KE HUKM by aneen

Assalamualaikum!

Ha~ Post kali ni, aneen yang buat. Sebenarnya saja-saja nak share gambar2 yang aneen sempat tangkap hari tu!

Hari sabtu yang lepas, memang sangat, sangat, SANGAT best!!!!!!!!

Sedara mara semua berkumpul di rumah aneen, gather ramai-ramai! BEST! Sangat2 meriah!

keadaan embah lanang sewaktu kedatangan aneen dan sedara mara yang lain. sempat jugak tangkap gambar yang masih lesu dan penat.. sayu nye~



kami semua dapat keluar lambat dari wad meskipun masa melawat dah habis, cik lita kata sebab juru rawat gemuk yang hari tu punya tak ada.. ahahah




keadaan di luar lif.. semua sabar menunggu lif sambil berbincang tentang rancangan untuk malam minggu!



semua dah sepakat! rumah wak mimie menjadi target selepas ini~ YAY!

dah sampai parking..

setakat ini sahaja post yang aneen nak share

moga kita berjumpa lagi ye!

credit to acik zazmi~

bye