Sunday, May 30, 2010

Khabar Dari Makkah

Hari Isnin lalu terima sms daripada abang Mie. Khabarnya emak. bapak, abang Kamal & kak Yong selamat tiba di Makkah. Cuma dek keletihan, bapak terpaksa duduk di atas kerusi roda dan perlu disorong untuk melakukan ibadah.
Selang dua hari terima perkhabaran bahawa kali ini kedua emak dan bapak perlu duduk di atas kerusi roda untuk bergerak melakukan ibadah. Teringat doa saya sebaik sebelum berangkat ke KLIA. "Ya Allah, sekiranya Kau menguji ibu dan bapaku semasa di Makkah, ujilah mereka dengan seringan ujian....." Mudah-mudahan inilah seringan ujian yang mereka harus lalui untuk mengheningkan lagi saat ketika menjadi tetamu Ilahi.
Pagi semalam(Sabtu), terima lagi sms daripada abang Mie mengatakan bahawa emak, bapak, abang Kamal & kak Yong akan berangkat ke Madinah pada sebelah petangnya. Apa yang dapat saya gambarkan adalah kesyahduan emak dan bapak yang akan berpisah dengan Masjidil Haram yang terdapat Kaabah di dalamnya. Saat dan detik ini pasti mengharukan sesiapa sahaja, percayalah.
Hari ini emak, bapak, abang Kamal dan kak Yong tentu sudah berada di Madinah. Entah bagaimana suasana Kota Madinah kini jika dibandingkan ketika saya menjejakkkan kaki sebelas tahun lalu. Allahuakbar.
Ikut jadual emak dan bapak akan sampai ke tanah air pada 2 Jun. Semoga kita bertemu kembali.

Sunday, May 23, 2010

ZIARAH KE MAKKAH AL MUKARRAMAH







Berkumpul di rumah abang Mie di Taman Baiduri, Cheras pada malam Ahad. Ramai yang hadir kecuali abang Zam lantaran tuntutan tugas. Tujuannya untuk persiapan sebelum emak dan bapak berangkat menunaikan umrah ke Makkah.

Solat maghrib berjemaah diikuti bacaan Yassin dan tahlil arwah. Meski agak ceria namun diulit rasa terharu kerana akan berpisah dengan emak, bapak serta abang Kamal dan kak Yong. Tapi tak perlu diikutkan sangat kerana mereka pergi sebagai tetamu Allah. InsyaAllah akan terpelihara.

Awal pagi kira-kira jam 10.00 kami berkonvoi ke KLIA. Flight emak dan bapak jam 3.00 petang. Di airport masing-masing menyimpan rasa terharu, baik emak, bapak dan anak-anak serta cucu-cucu yang hadir. Biasalah, nak berpisah beribu batu. Selalunya jarak memisahkan hanya antara Kuala Lumpur atau Melaka dengan Bagan Datoh. Tetapi kali ini terlalu jauh. Semasa taklimat kepada jemaah, tertinjau-tinjau juga jika ada kalibat ustaz Dato Daud Che Ngah(sahabat lama ketika di Radio 1 dahulu), kerana emak dan bapak mengikuti pakej Andalusia milik ustaz Daud. Namun hanya kakitangan beliau sahaja yang ada pagi sesi taklimat itu. Jika ustaz Daud ada dan turut sama pada pakej kali ini boleh juga membisikkan pada beliau agar dapat 'menengok'nengokkan' emak dan bapak.

Jam dua emak, bapak, abang Kamal dan kak Yong mula check in. Sekali lagi detik penuh syahdu menyelubungi suasana. Sebak di dada ketika berpelukan dengan emak dan bapak. Emak dan bapak berpesan agar mendoakan mereka. Begitu juga sebaliknya semoga mereka mendoakan kami sekeluarga.

Sejenak terimbau kenangan ketika menghantar arwah abah ke Makkah untuk menunaikan haji pada tahun 1997. Menitis air mata terkenangkan saat syahdu melihat wajah abah buat kali terakhir. Ditambah pula kesyahduan ketika membalas lambaian emak, bapak, abang Kamal dan Kak Yong. Labbaikaillah humma labbai......

Jauh di sudut hati mendoakan agar mereka terpilih sebagai tetamu paling istimewa Allah SWT sepanjang berada di Makkah dan Madinah.



Tuesday, May 4, 2010

Sekitar Gathering Pada 1&2 Mei











Antara suasana masa di kampung hujung minggu lalu. Dari atas : Mbah dan Ewan, Putu & Mantu Haji Ramli & Hajah Sariah dan ketika tahlil

Monday, May 3, 2010

Ahlan Wah Sahlan

Petang Sabtu(1Mei) lepas, Nawwar Zahirah, anak pasangan Zazmie dan Ruslita bukan lagi menjadi anggota tercilik keluarga Haji Ramli dan Hajah Sariah. Ini kerana menjelang petang, pasangan Asraf dan Yati menyambut kelahiran baby kedua mereka, lanang pertama selepas anakanda sulung mereka , Nur Amani. Hah, bertambah gemilang suasana keluarga Haji Ramli dan Hajah Sariah dengan bertambahnya seorang lagi putu. Berapa jumlah cucu Haji Ramli dan Hjh Sariah sekarang ini. Kiraan rambang saya kesemuanya menghampiri 30 orang. Hah, kaya, kaya.
Setakat hari ini belum diumumkan siapa nama baby boy itu. Yang pasti, ulang tahun kelahiran si kecil akan diraikan dengan cuti umum Hari Pekerja. Hah, pandai Asraf dan Yati target haribulan.....Tahniah buat kalian berdua. Yang pasti Wak Zazmie dan Wak Lita sudah bertambah seorang lagi anak saudara.

Suasana Hari Raya diKampong





Ziarah Ke Makkah


Alhamdulillah kelmarin(Sabtu) kami sekeluarga selamat mengadakan kenduri doa selamat sempena kebarangkatan ayahanda dan bonda beserta abang kamal menunaikan ibadah umrah ke Makkah Al Mukarramah bermula 23 Mei nanti. Semua mampir kecuali abang Kamal dan keluarga. Walau hanya sedetik dapat berkumpul sekeluarga, terasa keindahannya sementelah dapat meraikan hati kedua ayahanda dan bonda.

Riuh sekampung. Begitulah setiap kali gathering anak beranak Haji Ramli dan Hajah Sariah. Masing-masing tahu nak buat apa. Dari sekecil cucu hingga ke peringkat menantu. Anak-anak memang tak payah sebutlah. Persis ketika zaman kecil dulu, mengembalikan nostalgia buat kerja tanpa berat tulang, berlumus di dapur sampai muka 'terconteng' arang(menggambarkan sibuk melakukan kerja masing-masing). Menjelang tengahari sudah tersedia ayam masak kicap, gulai labu, tempe goreng dan pembuka selera, gesek(ikan masin) dan tembikai sebagai pencuci mulut.

Jemputan mulai memenuhi ruang rumah seawal 12 tengahari. Jika dikira bilang sekitar 30 semuanya. Itu belum masuk jemputan wedoknya sejumlah kira-kira 10 orang. Surah Yaasin dibaca diikuti tahlil dan doa selamat. 45 minit kemudian semuanya selesai. Tetamu beralun turun untuk menjamu selera yang dibuat cara bufet. Selera bukan main lagi.

Menjelang 1.30 tgh jemputan beransur pulang. Time kami sekeluarga pula menjamah apa yang ada. Sejurus sebelum makan terceus idea untuk menumis ikan masin buat pemangkin selera. Apa lagi semakin berasaplah selera tengahari itu dengan tumis ikan masin bersaing dengan ulaman jengkol, petai, tenggek burung dan selasih.

Malamnya pula menikmati sop dan sate. Fuh, kira hilanglah diet bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Tapi berbaloi atas alasan bukan senang nak duduk semeja dalam satu suasana yang hening damai.

Keesokannya(Ahad) masing-masing kembali ke perantauan. Berjanji untuk gathering semula di Taman Baiduri 22 Mei nanti sebelum penerbangan ayahanda, bonda dan abang Kamal pada awal 23 Mei.


Di Istana Bukit Sirin 17/10/2009


Sempena Majlis Doa Selamat Abang Kamal dan Kak Yong Menunaikan Haji ke Mekah 1430H. Kami semua berkunjung kerumah abang Kamal bersebelahan Istana Bukit Sirin.

Suasana agak Sayu bila kami semua bersalaman untuk pulang. Namun KAMI semua mendoakan agar Abang n Kakak Kesayangan dipermudahkan dan selamat memunaikan fardhu haji dan pulang dengan selamat.