Monday, May 3, 2010

Ziarah Ke Makkah


Alhamdulillah kelmarin(Sabtu) kami sekeluarga selamat mengadakan kenduri doa selamat sempena kebarangkatan ayahanda dan bonda beserta abang kamal menunaikan ibadah umrah ke Makkah Al Mukarramah bermula 23 Mei nanti. Semua mampir kecuali abang Kamal dan keluarga. Walau hanya sedetik dapat berkumpul sekeluarga, terasa keindahannya sementelah dapat meraikan hati kedua ayahanda dan bonda.

Riuh sekampung. Begitulah setiap kali gathering anak beranak Haji Ramli dan Hajah Sariah. Masing-masing tahu nak buat apa. Dari sekecil cucu hingga ke peringkat menantu. Anak-anak memang tak payah sebutlah. Persis ketika zaman kecil dulu, mengembalikan nostalgia buat kerja tanpa berat tulang, berlumus di dapur sampai muka 'terconteng' arang(menggambarkan sibuk melakukan kerja masing-masing). Menjelang tengahari sudah tersedia ayam masak kicap, gulai labu, tempe goreng dan pembuka selera, gesek(ikan masin) dan tembikai sebagai pencuci mulut.

Jemputan mulai memenuhi ruang rumah seawal 12 tengahari. Jika dikira bilang sekitar 30 semuanya. Itu belum masuk jemputan wedoknya sejumlah kira-kira 10 orang. Surah Yaasin dibaca diikuti tahlil dan doa selamat. 45 minit kemudian semuanya selesai. Tetamu beralun turun untuk menjamu selera yang dibuat cara bufet. Selera bukan main lagi.

Menjelang 1.30 tgh jemputan beransur pulang. Time kami sekeluarga pula menjamah apa yang ada. Sejurus sebelum makan terceus idea untuk menumis ikan masin buat pemangkin selera. Apa lagi semakin berasaplah selera tengahari itu dengan tumis ikan masin bersaing dengan ulaman jengkol, petai, tenggek burung dan selasih.

Malamnya pula menikmati sop dan sate. Fuh, kira hilanglah diet bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Tapi berbaloi atas alasan bukan senang nak duduk semeja dalam satu suasana yang hening damai.

Keesokannya(Ahad) masing-masing kembali ke perantauan. Berjanji untuk gathering semula di Taman Baiduri 22 Mei nanti sebelum penerbangan ayahanda, bonda dan abang Kamal pada awal 23 Mei.


No comments:

Post a Comment