Sunday, May 30, 2010

Khabar Dari Makkah

Hari Isnin lalu terima sms daripada abang Mie. Khabarnya emak. bapak, abang Kamal & kak Yong selamat tiba di Makkah. Cuma dek keletihan, bapak terpaksa duduk di atas kerusi roda dan perlu disorong untuk melakukan ibadah.
Selang dua hari terima perkhabaran bahawa kali ini kedua emak dan bapak perlu duduk di atas kerusi roda untuk bergerak melakukan ibadah. Teringat doa saya sebaik sebelum berangkat ke KLIA. "Ya Allah, sekiranya Kau menguji ibu dan bapaku semasa di Makkah, ujilah mereka dengan seringan ujian....." Mudah-mudahan inilah seringan ujian yang mereka harus lalui untuk mengheningkan lagi saat ketika menjadi tetamu Ilahi.
Pagi semalam(Sabtu), terima lagi sms daripada abang Mie mengatakan bahawa emak, bapak, abang Kamal & kak Yong akan berangkat ke Madinah pada sebelah petangnya. Apa yang dapat saya gambarkan adalah kesyahduan emak dan bapak yang akan berpisah dengan Masjidil Haram yang terdapat Kaabah di dalamnya. Saat dan detik ini pasti mengharukan sesiapa sahaja, percayalah.
Hari ini emak, bapak, abang Kamal dan kak Yong tentu sudah berada di Madinah. Entah bagaimana suasana Kota Madinah kini jika dibandingkan ketika saya menjejakkkan kaki sebelas tahun lalu. Allahuakbar.
Ikut jadual emak dan bapak akan sampai ke tanah air pada 2 Jun. Semoga kita bertemu kembali.

1 comment:

  1. alhamdulillah,,semua selamat sampai ke tanah air yg trcnta,,

    ReplyDelete